Mar 14, 2013

Mesyuarat JKPA PKG

Mesyuarat JKPA PKG Sungai Besar telah dijalankan pada 28 Februari 2013 hari Khamis. Mesyuarat ini dijalankan di Pusat Sumber SK Seri Makmur pada pukul 8.00 pagi. Mesyuarat JKPA di pengerusikan oleh Cikgu Suhaimi bin Ramli dari SK Seri Makmur. Dalam mesyurat ini telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang 2012 dan membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakn pada tahun 2013. Mesyuarat ini juga telah melantik pengerusi baru iaitu Pn Zuraidah dari SMK Sungai Besar, sebagai pengerusi baru. Pada pukul 10.30 pagi semua Pangetua dan Guru Besar Daerah Sabak Bernam berkumpul di Dewan Utama PPD Sabak Bernam untuk bermesyurat bersama-sama dengan KPP BTPN Selangor iaitu Tn. Haji Mohd Nor Bin Abu, Pegawai PPD Sabak Bernam Tn. Haji Mokthar bin Manijo dan En Mohd Jajuli bin Hj Yahya.



Mar 5, 2013

Mesyuarat GPM 1/2013


Mesyuarat GPB telah diadakan pada 22 Februari 2013 hari Jumaat bertempat Bilik Mawar, PKG Sungai Besar. Sasaran mesyuarat adalah GPM sekolah Ahli PKG Sungai Besar, seramai 16 orang GPM yang hadir pada mesyuarat ini. Turut hadir mesyurat GPB adalah En Nor Ahmad bin Khamzah Ketua Unit Pengurusan Pusat Pendidikan. Mesyuarat ini membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2012 dan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2013, turut membincangkan isu-isu berkaitan GPM, dan sebagainya.




Mesyuarat GPB 2013

Mesyuarat GPB telah diadakan pada 20 Februari 2013 hari Rabu bertempat Bilik Mawar, PKG Sungai Besar. Sasaran mesyuarat adalah GPB dan Juruteknik Komputer sekolah Ahli PKG Sungai Besar. Seramai 16 orang GPB dan 7 orang Juruteknik Komputer. Mesyuarat ini membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2012 dan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2013.