Oct 22, 2014

BENGKEL PEMURNIAN SITE PSS APLIKASI VLE-FROG

Bengkel Pemurnian Site PSS Aplikasi VLE-Frog telah diadakan pada 14-15 Oktober 2014 bertempat Bilik Mawar, PKG Sungai Besar. Bengkel ini dijalankan selama 2hari. Sasaran bengkel adalah GPM sekolah Ahli PKG Sungai Besar. Seramai 16 orang GPM yang hadir pada bengkel ini.




Sep 30, 2014

BENGKEL PELAKSANAAN MODUL KEDATANGAN MURID DALAM SPS

Bengkel Pelaksanaan  Modul Kehadiran Murid Dalam Sistem Pengurusan Sekolah telah diadakan pada 25 September 2014 hari Khamis di PKG Sabak Bernam. Sasaran mesyuarat adalah GPB/GICT sekolah Daerah Sabak Bernam. Seramai 64 orang GPB/GICT yang hadir pada bengkel ini.




MESYUARAT JK GPB BIL 3/2014

Mesyuarat JK GPB Bil 3/2014 telah diadakan pada 23 September 2014 hari Selasa bertempat Bilik Mawar, PKG Sungai Besar. Sasaran mesyuarat adalah GPB/GICT sekolah Ahli PKG Sungai Besar. Seramai 16 orang GPB/GICT yang hadir pada mesyuarat ini.




Jul 26, 2014

MESYUARAT JK GPB BIL 2/2014

Mesyuarat JK GPB Bil 2/2013 telah diadakan pada 22 Julai 2014 hari Khamis bertempat Bilik Mawar, PKG Sungai Besar. Sasaran mesyuarat adalah GPB/GICT sekolah Ahli PKG Sungai Besar. Selepas mesyuarat GPB Taklimat SSQS dijalankan tujuan untuk
penerangan pengisian SSQS 2014.


Jul 22, 2014

PENARAFAN SSQSS 2014 SUDAH BERMULA

Penarafan SSQS pada tahun ini telah dimulakan pada 14hb Julai hingga 30hb Ogos 2014.
Sekolah boleh membuat penarafan melalui URL berikut ssqs.btpnsel.edu.my dan pilih negeri Selangor.
Jumlah Responden adalah 62 orang terdiri daripada Pentadbir, Guru GPM, Guru (30 orang) dan Murid (30 orang).
Manual Pengisian serta surat atau memo penarafan SSQS sila rujuk dibawah.

Sebarang pertanyaan sila berhubungan dengan PKG sungai Besar di talian 30-32241495

May 29, 2014

BENGKEL PEMANTAPAN VLE-FROG

Bengkel Pemantapan VLE-Frog telah diadakan pada 19-20.5.2014 selama 2 hari. Bengkel dijalankan di PKG Sungai Besar.



May 22, 2014

BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS SEKOLAH RENDAH

Khidmat Bantu PSS SK Sungai Haji Dorani telah diadakan pada 14-16.5.2014 selama 3 hari. bengkel ini bertempat di PSS sekolah SK Sungai Haji Dorani. Bengkel ini diadakan untuk menceriakan PSS sekolah.



May 13, 2014

BENGKEL PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH

Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Sabak Bernam telah diadakan di PKG Sabak Bernam pada 8-9 Mei 2014. Semua pegawai PKG dan beberapa orang staff terlibat dengan Program ini. Program ini diadakan adalah untuk memilih wakil peserta ke Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2014.



KHIDMAT BANTU PSS SAMTAJ

Khidmat Bantu PSS telah diadakan pada 5-7 Mei 2014 selama 3 hari. sekolah menengah yang terpilih untuk khidmat bantu adalah SAM Tengku Ampuan Jemaah.




May 2, 2014

BENGKEL PEMILIHAN TOKOH NILAM PKG

Pada 29 April 2014 hari Khamis PKG Sunagi Besar telah mengadakan  Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM peringkat PKG. Bengkel ini diadakan untuk mencari pelajar yang boleh mewakili ke Peringkat Daerah. Penilain dibuat 2 kategori iaitu :
  1. Sekolah Rendah ( BM dan BI )
  2. Sekolah Menengah ( BM dan BI )
Seramai 7 orang pelajar yang telah mengambil bahagian dalam program ini melibatkan sekolah rendah dan menengah. Seramai 5 pelajar dari sekolah rendah dan 2 orang pelajar dari sekolah menengah. yang mengambil bahagian dalam program ini.


Apr 30, 2014

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN

Bengkel Penghasilan Bahan diadakan pada 21-22 April 2014 selama 2 hari. Bengkel diadakan di Bilik Mawar, PKG sungai Besar. Penceramah bengkel adalah En Azmiudin PTP 2 PKG Sungai Besar.



Apr 8, 2014

MESYUARAT PENYELARASAN SPS

Mesyuarat Penyelarasan SPS telah diadakan pada 3 April 2014 hari Khamis bertempat Bilik Mawar, PKG Sungai Besar. Sasaran mesyuarat adalah GPB/GICT sekolah Ahli PKG Sungai Besar. Seramai 16 orang GPB/GICT yang hadir pada mesyuarat ini. Turut hadir En Roslan Mydin dari PKG Kuala Kubu Bharu dalam  mesyuarat SPS. Mesyuarat ini membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan SPS.



Mar 27, 2014

MESYUARAT JK KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN PSS

Mesyuarat JK Kemajuan dan Pembangunan PSS telah diadakan pada 18 Mac 2014 hari Selasa bertempat Bilik Mawar, PKG Sungai Besar. Sasaran mesyuarat adalah GPM sekolah Ahli PKG Sungai Besar. Seramai 16 orang GPM yang hadir pada mesyuarat ini.



Mar 25, 2014

MESYUARAT PENYELARASAN VLE

Mesyuarat Penyelarasan VLE telah diadakan pada 20 Mac 2014 hari Khamis bertempat Bilik Mawar, PKG Sungai Besar. Sasaran mesyuarat adalah GPB/GICT sekolah Ahli PKG Sungai Besar. Seramai 16 orang GPB/GICT yang hadir pada mesyuarat ini.



Mar 5, 2014

MESYUARAT GPB/GICT/JTK BIL 1/2014

Mesyuarat GPB telah diadakan pada 24 Februari 2014 hari Selasa bertempat Bilik Anggerik, PKG Sungai Besar. Sasaran mesyuarat adalah GPB dan Juruteknik Komputer sekolah Ahli PKG Sungai Besar. Seramai 16 orang GPB dan 7 orang Juruteknik Komputer yang hadir pada mesyuarat ini. Mesyuarat ini membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2013 dan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2014.



Mar 4, 2014

MESYUARAT GPM BIL 1/2014

Mesyuarat GPM telah diadakan pada 21 Januari 2014 hari Selasa bertempat Bilik Mawar, PKG Sungai Besar. Sasaran mesyuarat adalah guru GPM sekolah Ahli PKG Sungai Besar, Seramai 16 orang GPM yang hadir pada mesyuarat ini. Mesyuarat ini membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2013 dan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2014, turut membincangkan isu-isu berkaitan GPM, dan sebagainya.