May 4, 2010

LOKASI PKG


View Larger Map

Pusat Kegiatan Guru Sungai Besar
d/a SK Seri Makmur
45300 Sungai Besar
Selangor.

HALAMAN UTAMA

May 3, 2010

STAFF PKG




GHAZALI BIN SHAHARI

 PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KETUA PKG



CIK NOREHAN BINTI YUSUF


PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT



PN. NORAIDAH BINTI PONIRAN

PEMBANTU TADBIR N17



Piagam Pelanggan

Kami warga Pusat Kegiatan Guru Sungai Besar berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami bagi memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada pelanggan kami.

Ke arah ini,kami mengiktirafkan hak pelanggan kami untuk mendapatkan:

Program pendidikan dalam pelbagai media yang berkualiti tinggi.

Maklumat pendidikan yang terkini melalui bahan cetak dan bukan cetak terbitan BTP dan rangkaiannya.

Perkhidmatan yang cepat,cekap,mesra dan bermutu tinggi dalam bidang media,teknologi,sumber dan teknikal.

Khidmat nasihat berkaitan dengan penggunaan Teknologi Pendidikan,teknologi maklumat dan komunikasi serta sumber sekolah.

Khidmat kepakaran dalam menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Kemudahan penggunaan dan pinjaman bahan,peralatan dan ruang PKG.

FUNGSI PKG

1. Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan.


2. Merancang dan menyelaras halatuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT.

3. Merancang, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah.


4. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.

5. Merancang, menyelaras, menilai dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah dan pembudayaan literasi maklumat.

6. Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai media elektronik dan media cetak.

7. Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.

8. Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.