Sep 2, 2013

Penarafan SSQS 2.0 2013

Penarafan SSQS 2.0 sudah bermula 2-30 September 2013, tempoh pengisian selama sebulan dengan beberapa format baru antaranya adalah seperti berikut :
  1. Pentadbir : 1 Orang
  2. Guru Perpustakaan Media : 1 Orang
  3. Guru :  30 Orang
  4. Murid :  30 Orang   
pemantauan secara online kali ini adalah menggunakan Google Form dan pautan kepada borang hanya boleh diakses melalui emel sekolah sahaja serta mengikut sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Sungai Besar.

Berikut adalah pautan link untuk mengisi SSQS 2.0 untuk tahun 2013

Borang SSQS 2.0 Pentadbir PKG Sungai Besar

Borang SSQS 2.0 GPM PKG Sungai Besar

Borang SSQS 2.0 Guru PKG Sungai Besar 

Borang SSQS 2.0 Murid PKG Sungai Besar

Pihak PKG Sungai Besar memohon kerjasama dari semua pihak yang terlibat untuk mengisi data SSQS ini sebaik dan secepat mungkin, bagi mengelakkan kesukaran mengisi samada masalah talian ataupun pengumpulan data dan maklumat di saat-saat akhir tempoh pengisian. Segala kerjasama dari pihak sekolah amatlah diharapkan dan semoga kerjasama antara pihak sekolah dan PKG khususnya dapat dieratkan.

Jika sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan PKG Sungai Besar di talian 03-32241495.