Mar 14, 2013

Mesyuarat JKPA PKG

Mesyuarat JKPA PKG Sungai Besar telah dijalankan pada 28 Februari 2013 hari Khamis. Mesyuarat ini dijalankan di Pusat Sumber SK Seri Makmur pada pukul 8.00 pagi. Mesyuarat JKPA di pengerusikan oleh Cikgu Suhaimi bin Ramli dari SK Seri Makmur. Dalam mesyurat ini telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang 2012 dan membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakn pada tahun 2013. Mesyuarat ini juga telah melantik pengerusi baru iaitu Pn Zuraidah dari SMK Sungai Besar, sebagai pengerusi baru. Pada pukul 10.30 pagi semua Pangetua dan Guru Besar Daerah Sabak Bernam berkumpul di Dewan Utama PPD Sabak Bernam untuk bermesyurat bersama-sama dengan KPP BTPN Selangor iaitu Tn. Haji Mohd Nor Bin Abu, Pegawai PPD Sabak Bernam Tn. Haji Mokthar bin Manijo dan En Mohd Jajuli bin Hj Yahya.